Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.


Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Wed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Thu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Wed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Tue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Tue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Tue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Tue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Mon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Sat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Iklan Premium

Share | 
 

 Nissan Teana 2.0 Paling laris di China

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
avatar

Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

PostSubject: Nissan Teana 2.0 Paling laris di China   Fri Sep 16, 2011 3:31 am



JIMAT. Itulah yang boleh penulis katakan ketika memandu uji Nissan Teana 2.0 liter kerana masih mempunyai baki suku tangki minyak petrol selepas mengharungi perjalanan lebih 650 kilometer.

Perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan melalui Terengganu itu merangkumi laluan lebuh raya dan jalan biasa, lebih tujuh jam.

Selain itu, tiada kelajuan purata dikenakan atau menutup penyaman udara bagi memberi penjimatan bahan api ketika perjalanan berkenaan.

Namun, keistimewaan penggunaan enjin MR20DE dengan digabungkan transmisi Xtronic CVT adalah rahsianya untuk meminimumkan penggunaan petrol walaupun bentuk jentera ini tampak lebar dan besar.


Sebelum itu, Teana merujuk ‘satu permulaan’ bagi masyarakat peribumi Amerika Syarikat dan jentera ini dinobatkan kenderaan sedan mewah paling laris di China.


Pengalaman paling menarik ketika memandu kenderaan ini di jalan biasa kerana boleh menguji kenderaan segmen D yang dipertaruhkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd ini.

Laluan yang tidak rata mampu diatasi dengan mudah kerana jentera ini dipadankan suspensinya sedikit lembut untuk menyerap hentakan.

Ini juga memberi keselesaan menyeluruh kepada penumpang untuk berehat atau mengurang�kan kebosanan ketika mengharungi perjalanan jauh.

Pengendaliannya juga cukup mudah apabila sterengnya de�ngan bantuan sistem elektronik memberi tindak balas yang cepat untuk mengelak lubang atau mengambil selekoh.

Jadi, tangan pemandu tidak cepat lenguh untuk memegang stereng kerana ia lebih ringan daripada sistem konvensional yang menggunakan hidrolik.

Bagi menghidupkan enjin, pemandu hanya perlu menekan butang pada papan pemuka selepas memasukkan kunci yang digabungkan bersama penggera.

Teana 2.0 mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 134 kuasa kuda (hp), manakala 190 Nm bagi kuasa kilasnya, justeru tiada masalah untuk memotong kenderaan lain atau mendaki bukit.

Bentuk luarannya pula menampilkan ciri mewah apabila jeriji hadapan direka berdasarkan susunan bar berkedudukan mendatar untuk menampilkan wajah tiga dimensi dengan sirip elegan yang dibentuk daripada satu lingkungan.

Kombinasi lampu LED belakang yang dipadankan menampakkan ia lebih menyerlah di samping membuatkan bahagian belakang kelihatan lebar dan besar.

Jika diperhati dari luar, anda mungkin menjangka ruang simpanan barangnya terhad kerana bahagian belakangnya nampak pendek tetapi ia berkapasiti 506 liter yang boleh mengisi dua beg besar.

Sebaik saja menerjah bahagian kabinnya, jelas nampak kemewahan jentera ini terutamanya pada papan pemuka warna krim serta dipadankan lapisan kelihatan seperti kulit kayu.

Kerusinya yang dibaluti fabrik kain serta empuk memberi satu pengalaman berlainan seolah-olah duduk di atas sofa buatan Eropah.

Corong penyaman udara di konsol tengah memberi kesejukan yang menyeluruh kepada penumpang belakang terutamanya cuaca panas di negara ini.

Kereta kategori sedan mewah ini, turut mengambil berat ciri keselamatannya apabila dilengkapi beg udara dan Sistem Anti Brek (ABS).

Bagi penulis, kenderaan ini juga sangat sesuai kereta keluarga selain memberi gaya eksekutif kepada pemiliknya dan sesuai kepada ahli perniagaan dan pegawai.


SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 200 XE 2.0 L

ENJIN:
MR20DE bersesaran 1997 cc.

KUASA MAKSIMUM:
136 PS pada 5,600 rpm.

TORK MAKSIMUM:
190 Nm pada 4,400 rpm

TRANSMISI:
Xtronic CVT dengan enam kelajuan.


TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: ContiComfortContact CC5

Saiz yang dicadangkan
215/60 R16 95V FR


CIRI-CIRI KESELAMATAN:
ABS, EBD, dan beg udara

HARGA:
RM145,000 atas jalan termasuk insurans
Back to top Go down
View user profile http://usahawan-tegar.lifeme.net
 
Nissan Teana 2.0 Paling laris di China
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Automotif-
Jump to: