Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.


Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Wed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Thu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Wed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Tue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Tue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Tue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Tue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Mon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Sat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Iklan Premium

Share | 
 

 Mazda 3 hatchback unik dengan imej senyuman

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
avatar

Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

PostSubject: Mazda 3 hatchback unik dengan imej senyuman   Fri Sep 16, 2011 3:47 am


SEBUT saja kenderaan ‘hatchback’, pasti terlintas di fikiran jentera kategori ini diburu golongan muda yang mahu kelihatan macho ketika memandu di jalan raya.

Model Mazda3 Hatchback dilakukan pemasangan tempatan (CKD) dan dilancarkan baru-baru ini oleh Bermaz Motor, menjadi satu daripada menu baru untuk santapan golongan muda di negara ini.
sebelum selepas

* Foto

KAGUM...enjin 2.0 liter beri kuasa maksimum.
* Foto

BANTU...sistem navigasi memudahkan pemanduan.
* Foto

KEMAS...papan pemuka dengan rekaan kemas dan menawan.

Walaupun pemasangan tempatan, kualitinya hampir sama dengan model import, malah lebih menguntungkan pengguna mendapat harga lebih murah.

Ketika memandu uji jentera ini, penulis rasakan keistimewaannya terutama prestasi dan pengendaliannya.


Ini jelas kerana kuasa enjinnya cukup mengagumkan penulis ketika meluncur laju di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dalam perjalanan ke selatan tanah air, baru-baru ini.


Enjin 2.0 liter memberi kelancaran pemanduan untuk memotong kenderaan lain atau memecut dengan kuasa maksimum.

Sementara itu, brek cakera dimensi besarnya juga memberikan kuasa berhenti yang kukuh di samping tahan haus.

Ia juga digabungkan dengan inovasi Mazda seperti hos brek ketegaran tinggi, sekali gus mampu berhenti dalam jarak paling singkat untuk keselamatan.

Suspensi dan tayar yang dipadankan pada jentera ini mampu menyerap hentakan laluan tidak rata serta memberi keselesaan optimum kepada penumpangnya.

Ia memberi tindak balas mantap ketika melayan selekoh seolah-olah terlekat pada jalan raya dengan kelajuan sederhana.

Ketika duduk di dalam kabinnya dan menutup pintu, warna hitam yang memenuhi ruang itu memberi satu tanggapan bahawa jentera ini tampak eksklusif.

Pada mulanya, penulis agak kekok memegang stereng yang dipenuhi butang pelbagai fungsi termasuk audio, pedal gear, sistem maklumat kereta dan banyak lagi.

Tetapi butang pada stereng itu banyak membantu penulis supaya memberi lebih tumpuan 100 peratus kepada pemanduan.

Papan pemuka serta konsol tengah antara pemandu dan penumpang depan juga terlalu besar, dengan rekaannya kemas serta menawan.

Ruang bagasi Mazda3 Hatchback ini menyediakan lantai rata penuh untuk menyenangkan susunan barang.

Ruang muatan juga boleh diubah suai dengan kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40, justeru pemandu dapat mengubah ruang barangan mengikut jumlah barangan dan bilangan penumpangnya.

Dalam tempoh itu, audio dilengkapi skrin sesentuh mempunyai sambungan USB dan Bluetooth yang mesra pengguna memecah kesunyian untuk memberi hiburan kepada penulis untuk menghilangkan mengantuk.

Selain itu, skrin sentuh itu dilengkapi sistem navigasi SD menjadi penunjuk arah yang berguna buat penulis bagi memudahkan memandu ketika berkunjung ke Johor Bahru.

Reka bentuknya pula terutama pada bahagian depannya, penulis nampak jerijinya memberi imej unik seperti senyuman membuatkan ia lebih menawan.

Mazda3 ini melambangkan semangat ‘zoom-zoom’ dengan gaya terserlah, prestasi dinamik tanpa menjejaskan kelapangan dan keselesaan.

Lampu utama hadapan yang berbucu tajam memberi imej garang dan memberi pencahayaan yang jelas untuk membantu penulis memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

Bentuk belakangnya nampak lebar dan besar serta lampu belakang yang tampak menarik pada waktu malam.

Harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding model lain, tetapi Mazda3 Hatchback ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan pemiliknya pasti berpuas hati memilikinya.


SPESIFIKASI

MAZDA3 HATCHBACK CKD

ENJIN
Bersesaran 1,999cc, 4-silinder DOHC dengan 16 injap

KUASA MAKSIMUM
145hp pada 6,500rpm

TORK MAKSIMUM
182Nm pada 4,500rpm

TRANSMISI
Activematic 5-kelajuan dan Direct Mode

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara berkembar, beg udara bahagian tepi dan ABS

HARGA
RM130,674.50

TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: Formula D 01

Saiz tayar yang dicadangkan
215/45 R17 87W
Back to top Go down
View user profile http://usahawan-tegar.lifeme.net
 
Mazda 3 hatchback unik dengan imej senyuman
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Automotif-
Jump to: