Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.


Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Wed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Thu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Wed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Tue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Tue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Tue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Tue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Mon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Sat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Iklan Premium

Share | 
 

 Li Ning taja Zakry-Fairuz

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
avatar

Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

PostSubject: Li Ning taja Zakry-Fairuz   Fri Sep 16, 2011 4:18 am


SEJAK meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 21 Ogos lalu, Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari akhirnya memilih Li Ning sebagai jenama yang akan digunakan bagi meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional.

Penantian hampir sebulan itu disahkan Zakry semalam sekali gus menjadikannya bersama Fairuzizuan sebagai pemain kedua Malaysia mendapat penajaan produk China, Li Ning selepas Muhd Hafiz Hashim.


“Bermula hari ini kami menggunakan barangan Li Ning baik raket, kasut mahupun pakaian,” kata Zakry yang memilih beberapa jenis raket dan kasut dari Li Ning kelmarin.

Katanya, Li Ning menajanya sama seperti yang diperoleh Lin Dan cuma dibezakan gaji bulanan yang mana syarikat pengeluar jenama sukan untuk tentukan mengikut kedudukan ranking dunia pemain.


“Kami lebih bermotivasi untuk meningkatkan ranking jika berhasrat mendapatkan pendapatan bulanan lebih baik.


“Ketika ini saya dan Fairuzizuan hanya ditawarkan gaji asas terendah kerana tiada ranking dalam ranking dunia selepas setahun dipisahkan.” Zakry dan Fairuzizuan dipisahkan ketika berada di bawah payung BAM selepas kegagalan skuad negara membawa pulang Piala Thomas tahun lalu.

Zakry digandingkan dengan Hoon Thien How selepas melihat keserasian mereka pada suku akhir ketika menentang Denmark manakala Fairuzizuan dipasangkan bersama Ong Soon Hock.


“Kami belum pernah menggunakan barangan Li Ning, kini sedang mencuba raket dan kasut mana yang sesuai.

“Saya harap kami mampu menghasilkan keputusan terbaik, lebih baik berbanding dulu,” kata Zakry.


Selain menaja barangan sukan dan pendapatan bulanan, Zakry dan Fairuzizuan juga ditawarkan bonus kemenangan selain penajaan perjalanan ke kejohanan anjuran jenama itu di seluruh dunia.


Selain Li Ning, Zakry-Fairuzizuan juga mendapat tajaan KLRC, kelab yang menaungi mereka sebagai pemain profesional selain beberapa lagi penajaan peribadi ahli korporat tanah air.


Zakry-Fairuzizuan yang pernah menjuarai Terbuka Singapura dan Indonesia pada 2008 dijangka bangkit kembali memahat nama sebaris beregu elit dunia kerana gandingan itu ternyata masih digeruni.


Malah, perburuan tempat ke Sukan Olimpik 2012 yang amat sukar untuk digapai gandingan itu bakal menjadi pencetus semangat memburu kejuaraan demi kejuaraan.
Back to top Go down
View user profile http://usahawan-tegar.lifeme.net
 
Li Ning taja Zakry-Fairuz
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Sukan-
Jump to: