Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.


Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Wed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Thu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Wed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Tue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Tue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Tue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Tue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Mon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Sat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Iklan Premium

Share | 
 

 Kes Tajudin saman portal selesai luar mahkamah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
avatar

Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

PostSubject: Kes Tajudin saman portal selesai luar mahkamah   Sat Oct 01, 2011 4:14 am


KUALA LUMPUR: Kes saman RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli, terhadap The Malaysian Insider diselesaikan di luar mahkamah semalam selepas portal berita itu mengemukakan permohonan maaf kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Harmindar Singh Dhaliwal, merekodkan penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak dalam kamar.
Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu kepada mahkamah menerusi peguam mereka, George Miranda. Turut hadir, peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, selaku plaintif.
Ketika ditemui di luar mahkamah, George berkata, semua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan berkenaan, ada beberapa terma turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Beliau berkata, menerusi surat itu, ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka atas segala kesulitan dialami Tajudin berikutan penyiaran berita itu.

Beliau berkata, semua pihak juga setuju menarik balik berita disiarkan serta mengakui berita itu fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih.

Pada 18 Ogos lalu, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnahnya.
Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Jahabar dan Shazwan sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tajudin yang menerajui syarikat penerbangan itu dari 1994 hingga 2001, mendakwa portal berita berkenaan menerbitkan fitnah dalam artikel pada 31 Mei 2011.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, artikel itu bermaksud atau difahamkan bermaksud beliau tidak jujur, berkelakuan tidak wajar, menyalahgunakan kedudukan, bertindak secara tidak profesional, tidak boleh diharap dan tidak boleh dipercayai.

Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah.
Back to top Go down
View user profile http://usahawan-tegar.lifeme.net
 
Kes Tajudin saman portal selesai luar mahkamah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Isu Semasa-
Jump to: