Kelab Usahawan Tegar
Komuniti Usahawan Tegar Malaysia

Sila daftar dahulu, bagi membolehkan anda mengakses masuk ke dalam Laman Forum ini.


Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menikmati segala kemudahan tanpa batasan.

Jom sertai kami........Percuma sahaja......iklankan perniagaan & bisnes anda disini.


Komuniti Usahawan Tegar
 
PortalHomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigasi Cyber Biz
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
SILA KLIK UNTUK RANK
BHO Malaysia Top Site Ranking
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
BHO Malaysia Top Site Ranking
BHO Malaysia Top Site Ranking
Bapakku. Fm
Latest topics
» Salam pengenalan dan persahabatan
Wed Apr 22, 2015 11:40 pm by zynizam

» Salam Ukhwah dan Perkenalan
Thu Aug 15, 2013 1:29 am by Hayati

» Budak Baru
Wed Jan 30, 2013 3:59 am by kedaibiasa

» Salam perkenalan dari Jutawan
Tue Sep 18, 2012 12:58 pm by Rizz One

» This is kedaieverlast 1st post. kenal kenalan.
Tue Sep 18, 2012 12:56 pm by Rizz One

» Jvtl- Calling For 1st unofficial meeting (24th Sept 2012)
Tue Sep 18, 2012 11:35 am by Rizz One

» Entrepreneur Hub (Mampukah menjadi realiti)
Tue Sep 18, 2012 11:30 am by Rizz One

» kereta import mampu milik
Mon Mar 19, 2012 2:15 pm by Rizz One

» Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi
Sat Feb 04, 2012 4:31 am by Rizz One

Usahawan Tegar Counters
Iklan Premium
Iklan Premium

Share | 
 

 Sindiket 'haji ekspres' dibongkar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Rizz One
Admin
Admin
avatar

Posts : 167
Join date : 07/07/2011
Location : Kajang

PostSubject: Sindiket 'haji ekspres' dibongkar   Sat Feb 04, 2012 3:32 am

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Satu sindiket 'haji ekspres' dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Setiap jemaah haji dikatakan perlu membayar sejumlah wang kepada ahli sindiket tersebut bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai calon yang layak menunaikan haji.

Selain dua pegawai agensi itu, terdapat tiga orang perantara terdiri daripada bekas kakitangan TH yang bertindak sebagai pencari jemaah yang ingin menggunakan khidmat mereka.

Menurut sumber, sindiket tersebut bergerak di seluruh Malaysia dan dipercayai, ratusan jemaah haji sudah menggunakan khidmat sindiket berkenaan sejak ia mula beroperasi.

Katanya, kegiatan 'haji ekspres' itu dilihat tidak adil bagi orang ramai yang sudah lama menunggu dan mendaftar beberapa tahun kerana giliran mereka 'dicuri' sindiket berkenaan.

"Sebagai contoh, terdapat jemaah haji yang mampu menunaikan ibadat itu sebanyak 12 kali dengan menggunakan khidmat sindiket tersebut.

"Malah, sebahagian daripada jemaah yang menggunakan khidmat sindiket itu baru mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2010, tapi berjaya 'mencuri' slot jemaah lain yang terlebih dahulu mendaftar daripada mereka," katanya kepada hari ini.

Difahamkan, seorang pegawai di agensi itu telah ditahan pihak berkuasa pada November lalu kerana menggunakan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk mengubah senarai jemaah haji yang membayar kepada mereka.

Dalang utama sindiket itu yang menguruskan nama-nama jemaah yang tidak layak menunaikan haji supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun yang sama juga dikatakan sedang diburu.

Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil keterangan puluhan jemaah haji yang pernah menggunakan khidmat sindiket tersebut.
Back to top Go down
View user profile http://usahawan-tegar.lifeme.net
 
Sindiket 'haji ekspres' dibongkar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kelab Usahawan Tegar :: Kopitiam :: Isu Semasa-
Jump to: